Thursday, April 21, 2011

Petua Tidur Rasulullah SAW


Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.

Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu."

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri".

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik – baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam . Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara – perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar , berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah – surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .

Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al – Ikhlas , Al – Falaq dan

Al – Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua – dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai . Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut – turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al – Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan" Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot – otot badan .

POTONG KUKU - SEKADAR MAKLUMAN

 
Jika kita renung kembali zaman keanak-anakan, masih terngiang-ngiang difikiran dengan petua orang dulu-dulu yang kadangkala seperti tidak masuk akal pada zaman moden ini.."Memotong kuku perlu mengikut susunan yang ditetapkan","potong kuku mesti ikut susunan hari yang ditetapkan"antara petua yang sering diungkapkan..tetapi kita pada hari ini, seringkali mengingkari apa yang diterjemahkan oleh ibu-ibu, bapa-bapa bahkan atuk dan nenek kita sendiri.. bahasa modennya "main taram" sering digunakan apabila hendak memotong kuku...Memang jika difikirkan memotong kuku merupakan perkara kecil dan tidak perlu untuk mengikut telahan-telahan lama yang sering diungkapkan.. Natijahnya, petua-petua ini sebenarnya ada simbolikya sepertimana yang dianjurkan oleh Rasullullah S.A.W sendiri..Bagi sesiapa sahaja yang masih memotong kuku mengikut sesuka hati, cuba renungkan untaian kata-kata ini..
Barang siapa yang memotong kukunya pada :-

HARI SABTU - Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

HARI AHAD - Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan

HARI ISNIN - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihat

HARI SELASA - Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk kepadanya penyakit

HARI RARU - Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

HARI KHAMIS - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

HARI JUMAAT- Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dam masuk kepadanya rahmat ALLAH S.W.T

Selamat Beramal !!

TAHUKAH ANDA ???

 
1.Tahukah anda dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

2.Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

3. Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

4. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

5. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.

Amalan Diet Rasullullah


Rasullulah tidak pernah mengalami sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau saya dan anda Berjaya mengikut diet Rasullullah ini, kita takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
  • Jangan makan SUSU bersama DAGING
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN
  • Jangan makan IKAN bersama SUSU
  • Jangan makan AYAM bersama SUSU
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

Kaedah Pemakanan Yang Betul Menurut Rasulullah:-
  • Jangan makan buah setelah makan nasi,sebaliknya makanlah buah dahulu sebelum menjamah nasi
  • Tidur satu jam setelah makan tengahari
  • Jangan sesekali meninggalkan makan malam kerana sesiapa yang tidak makan malam akan dimakan usia dan kolesterol di dalam badan akan berganda

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:-
  • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
  • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)


- ANDA BUAT, ANDA DAPAT-