Thursday, November 29, 2012

Tahukah Anda Kenapa Huruf Keyboard Komputer Tidak Tersusun?

Kenapa agaknya huruf-huruf keyboard pada komputer tidak disusun secara teratur? Nak tahu baca..huhu


1. Sistem susunan ini dipanggil QWERTY dan dicipta oleh Christopher Scholes. Pada mulanya, susunan huruf ni macam ABCD tapi bila disusun macam ni, orang akan menaip dengan terlalu pantas sampai jem kan mesin taip dia. Jadi, Scholes pun invent sistem QWERTY ni.

2. Sebenarnya sistem QWERTY ni dicipta supaya orang menaip dengan lebih perlahan, bukan untuk mempercepatkan, pelik kan? Tapi, sistem ini dapat mengelakkan berlakunya kekejangan tangan dan kita jadi lebih relaks bila menaip.

3. Sistem ini menyusun huruf-huruf yang selalu digunakan untuk menaip perkataan dalam English. Contohnya, huruf A diletakkan di hujung belah kiri. Ini kerana kita selalu gunakan huruf A ni, jadi kita boleh tekan dengan jari hujung kita tanpa gangguan dan ibu jari kita ditugaskan untuk menekan space bar.

4. Tapi korang perasan tak, huruf-huruf ni dah disusun kat tempat-tempat yang jari kita senang nak capai? Huruf yang selalu kita guna memang dah terletak atas jari kita, huruf yang jarang guna pulak berada di hujung. Kalau korang selalu menaip in English, mesti korang perasan.

Monday, November 19, 2012

 
RAHSIA AIR KELAPA

Selain boleh mengembalikan kesegaran badan, air kelapa juga mempunyai khasiat untuk menghilangkan jerawat dan mencegah uban dan kecantikan wajah.

Untuk merawat jerawat biarkan semalaman segelas air kelapa yang dicampur sedikit kunyit dan serbuk kayu cendana. kemudian simpan dalam peti sejuk selamat tiga hari. Titiskan campuran tadi pada jerawat dua kali sehari,

Bagi melambatkan uban, campurkan sesudu garam dalam segelas air kelapa. Lumur seketika pada rambut sebelum mencucinya ketika mandi.

Kulit Muka Bercahaya
Amalkan menyapu air kelapa yang telah disimpan semalaman ke muka beberapa kali. Kemudian, pastikan muka anda yang dibasuh dengan air kelapa dibiarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air bersih.

Elak Kedut Di Wajah
Cubalah amalkan membasuh muka dengan air kelapas. Pastinya anda akan teruja dengan hasilnya,

Mencantikkan Telapak Kaki
Rendamkan segenggam beras ke dalam air kelapa selama 6 hingga 7 jam. Kemudian, tumbuk atau gilingkan beras rendaman itu sehingga halus dan letaklah di telapak kaki. Lakukan selama 3 hingga 4 hari dalam seminggu.